Friday 25 November 2016

Tarian Di Sarawak

Tarian Ngajat



Tarian Ngajat sangat popular dalam kalangan orang Iban di Sarawak. Tarian Ngajat terdiri daripada beberapa jenis, antaranya ialah:
  1. Ngajat Induk
  1. Ngajat Bebunoh
  1. Ngajat Lesong
  1. Ngajat Semain
  1. Ngajat Berayah
  1. Ngajat Pua Kumbu
  1. Ngajat Kuta
  1. Ngajat Ngalu Temuai
  1. Ngajat ““Ngemai antu pala”

Ngajat bagi orang-orang Iban ialah tarian semasa menyambut hari Gawai orang-orang Iban sebelum berperang dan selepas musim menuai. Pada zaman dahulu tarian tersebut ditarikan selepas mereka kembali dari berperang.Tarian ini ditarikan dengan berdiri atas bulatan langsaran ke atas dan ke bawah, penari akan melompat bersama iringan lagu. Setiap rentak yang dimainkan adalah bersesuaian dengan upacaranya. Bagi Gawai Sandau Ari, gendang rayah dimainkan untuk tetamu kehormat dan orang yang menyambut gawai untuk berayah sambil membawa tengkorak musuh.Satu lagi jenis tarian ini ialah penari akan memegang perisai kayu di tangan kiri dan pedang di tangan kanan lalu menari seperti berdepan dengan musuh dengan menghayunkan badannya ke kiri dan ke kanan.

Tarian Kenyalang

Tarian Kenyalang juga dikenali sebagai Datun Julud merupakan satu tarian tradisional bagi kaum Kenya di Sarawak. Nyik selong, seorang putera Kenya merupakan pencipta Tarian Kenyalang ini. Penciptaan tarian ini adalah untuk menunjukkan kegembiraan dan kesyukuran. Tarian ini biasanya dipersembahkan semasa perayaan kemasyarakatan bagi menyambut kepulangan pahlawan-pahlawan dari berbulu dan perayaan tahunan yang menandakan tamatnya musim menuai kaum itu.

Tarian Kenyalang boleh ditarikan secara berseorangan ataupun berkumpulan. Kipas tangan anggun yang deperbuat daripada bulu burung kenyalang akan digunakan oleh para penari apabila mempersembahkan tarian ini. Bulu burung Kenyalang ini melambangkan sayap burung suci. Ia juda dilekatkan di celah jari penari sebagai perhiasan. Semasa menari, penari-penari akan menghentakkan kaki ke kiri dan ke kanan secara berulang-ulang sambil menyanyi dan bertepuk tangan. Alat muzik utama yang digunakan untuk mengiringi Tarian Kenyalang adalah sape, iaitu alat muzik seperti gitar.

☝☝Tekan link di atas untuk menyaksikan persembahan tarian kenyalang 👆👆

Tarian Koncong

Tarian ini ditarikan oleh tiga penari wanita dengan iringan nyanyian seorang atau dua orang lelaki. Tiga orang penari wanita akan berdiri sebaris. Di tangan kanannya memegang sapu tangan. Mereka menari dalam bulatan sambil sebelah kakinya dipusing-pusingkan dan tangan mereka digerak ke depan dan ke belakang seolah-olah menyerupai burung terbang. Tarian Koncong yang terdapat di negeri Sarawak ini ditarikan dengan dua tujuan. Pertama untuk mengubat pesakit dan kedua untuk menghibur orang yang malang. Antara alat muzik yang mengiringi tarian ini adalah gong dan gendang.



No comments :

Post a Comment