Friday, 25 November 2016

Tarian Di Sarawak

Tarian Ngajat



Tarian Ngajat sangat popular dalam kalangan orang Iban di Sarawak. Tarian Ngajat terdiri daripada beberapa jenis, antaranya ialah:
  1. Ngajat Induk
  1. Ngajat Bebunoh
  1. Ngajat Lesong
  1. Ngajat Semain
  1. Ngajat Berayah
  1. Ngajat Pua Kumbu
  1. Ngajat Kuta
  1. Ngajat Ngalu Temuai
  1. Ngajat ““Ngemai antu pala”

Ngajat bagi orang-orang Iban ialah tarian semasa menyambut hari Gawai orang-orang Iban sebelum berperang dan selepas musim menuai. Pada zaman dahulu tarian tersebut ditarikan selepas mereka kembali dari berperang.Tarian ini ditarikan dengan berdiri atas bulatan langsaran ke atas dan ke bawah, penari akan melompat bersama iringan lagu. Setiap rentak yang dimainkan adalah bersesuaian dengan upacaranya. Bagi Gawai Sandau Ari, gendang rayah dimainkan untuk tetamu kehormat dan orang yang menyambut gawai untuk berayah sambil membawa tengkorak musuh.Satu lagi jenis tarian ini ialah penari akan memegang perisai kayu di tangan kiri dan pedang di tangan kanan lalu menari seperti berdepan dengan musuh dengan menghayunkan badannya ke kiri dan ke kanan.

Tarian Kenyalang

Tarian Kenyalang juga dikenali sebagai Datun Julud merupakan satu tarian tradisional bagi kaum Kenya di Sarawak. Nyik selong, seorang putera Kenya merupakan pencipta Tarian Kenyalang ini. Penciptaan tarian ini adalah untuk menunjukkan kegembiraan dan kesyukuran. Tarian ini biasanya dipersembahkan semasa perayaan kemasyarakatan bagi menyambut kepulangan pahlawan-pahlawan dari berbulu dan perayaan tahunan yang menandakan tamatnya musim menuai kaum itu.

Tarian Kenyalang boleh ditarikan secara berseorangan ataupun berkumpulan. Kipas tangan anggun yang deperbuat daripada bulu burung kenyalang akan digunakan oleh para penari apabila mempersembahkan tarian ini. Bulu burung Kenyalang ini melambangkan sayap burung suci. Ia juda dilekatkan di celah jari penari sebagai perhiasan. Semasa menari, penari-penari akan menghentakkan kaki ke kiri dan ke kanan secara berulang-ulang sambil menyanyi dan bertepuk tangan. Alat muzik utama yang digunakan untuk mengiringi Tarian Kenyalang adalah sape, iaitu alat muzik seperti gitar.

☝☝Tekan link di atas untuk menyaksikan persembahan tarian kenyalang πŸ‘†πŸ‘†

Tarian Koncong

Tarian ini ditarikan oleh tiga penari wanita dengan iringan nyanyian seorang atau dua orang lelaki. Tiga orang penari wanita akan berdiri sebaris. Di tangan kanannya memegang sapu tangan. Mereka menari dalam bulatan sambil sebelah kakinya dipusing-pusingkan dan tangan mereka digerak ke depan dan ke belakang seolah-olah menyerupai burung terbang. Tarian Koncong yang terdapat di negeri Sarawak ini ditarikan dengan dua tujuan. Pertama untuk mengubat pesakit dan kedua untuk menghibur orang yang malang. Antara alat muzik yang mengiringi tarian ini adalah gong dan gendang.



Makanan Di Sarawak

Kalau nak ke Sarawak, makanan apa yang ada ? Apa makanan yang sedap ? dan macam-macam lagilah soalan yang ditanya kalau pasal makanan ini. Apa kata korang datang ke Sarawak dan cuba sendiri makanan tradisi kami orang Sarawak. πŸ˜ŠπŸ˜ŠπŸ˜—

Umai merupakan sejenis makanan tradisional masyarakat Sarawak yang berasal daripada kaum Melanau. Umai dianggap salah satu makanan yang popular dan penting dalam masyarakat Sarawak. Selain itu,umai juga dikenali sebagai ‘sushi sarawak’ kerana penyediaannya berasaskan ikan mentah yang segar seperti ikan bawal hitam,ikan terubuk dan ikan parang. Ia merupakan satu hidangan yang ringkas kerana penyediaannya tidak memerlukan modal yang besar dan mudah disediakan. Secara umumnya,umai sedikit sebanyak menyerupai kerabu di Semenanjung Malaysia.
 Tahukah anda Tumpik@Lemantak atau dikenali sebagai "Pizza Melanau" adalah salah satu makanan tradisional kaum Melanau di Sarawak. Apa yang menariknya Tumpik bukan saja digemari oleh kaum Melanau saja, bahkan kaum-kaum lain di Sarawak juga mengemarinya.
Laksa Sarawak merupakan makanan tradisional yang popular di Sarawak. Laksa Sarawak berbeza dengan laksa-laksa yang terdapat di Semenanjung. Bahan-bahan yang digunakan juga amat berbeza dan ketara.
Kuahnya seperti kuah mee kari akan tetapi rasanya amatlah berbeza dengan mee kari. Rasa kuahnya rasa lemak, manis dan pedas. Bahan yang terdapat dalam laksa sarawak adalah bihun, isi ayam yang dicarik-carik, udang, tauge, hirisan telur goreng dan kuahnya. Laksa sarawak dihidangkan bersama sambal untuk menambah rasa kepedasan dan juga limau kasturi. 
 Inut atau Linut, dimakan menggunakan chopstick bersama belacan dan kangkung rebus. Siapa suka makan hidangan ini?

 Ayam pansuh merupakan makan yang popular di kalangan orang Dayak di Sarawak. Hidangan tradisi masyarakat Iban ini unik kerana ayam dimasak di dalam buluh, dan diadun dengan ramuan yang terdiri daripada bahan-bahan seperti cili padi, bunga kantan dan halia dan kemudian dibakar di dalam unggun api. Hidangan ini popular terutamanya di bulan Ramadan dan Hari Gawai.
Mi Kolok juga amat terkenal di Sarawak. Sebut sahaja Sarawak, pasti akan terbayangkan hidangan Mi Kolok. Sejenis juadah yang boleh didapati di merata tempat di Sarawak. Ia kebiasaannya dihidangkan bersama sup dan kicap.Biarpun mudah didapati, ia tetap punya nilai eksklusif yang tinggi kerana sering menjadi pilihan tuan rumah untuk dihidangkan pada majlis rumah terbuka atau keraian.
Terung Dayak juga amat digemari oleh penduduk di Sarawak. Rasanya yang masam menambahkan lagi kelazatannya apabila dimasak dengan sup ayam atau sup ikan.Terung Dayak amat berbeza dengan terung yang lain. Hal ini kerana terung Dayak berbentuk bulat dan isinya berwarna kuning. Bijinya boleh diambil dan ditanam semula.
 
Tidak lupa juga, salah satu makanan kesukaan saya iaitu buah dabai.Yang belum pernah merasa buah dabai mungkin belum mengetahui cara penyediaan buah dabai untuk dimakan. Buah dabai perlu dicuci bersih terlebih dahulu agar getah yang terdapat dibuah dabai hilang dan bersih. Kemudian ia perlu direndam dalam air suam dan tidak boleh direndam dalam air yang terlalu panas. Toskan air tersebut dan letakkan sedikit garam dan gaul sehingga sebati. Ia sesuai dimakan bersama nasi panas dan lauk pauk yang lain. Namun begitu ada juga cara lain untuk menikmati keenakan buah dabai. Buah dabai yang telah dibersih diletak dalam bekas dan dicampur kicap dan sedikit gula. Selepas itu jemur dibawah panas matahari sehingga struktur dabai tersebut cukup lembut. Rasa lebih berlemak dan sedap untuk dimakan.
Kompia juga selalu menjadi tarikan makanan di Sarawak. Kompia ini terkenal di kalangan masyarakat Fuzhou/ Foochow Sibu. Asal kuih ni adalah dari negara China iaitu sejak zaman Dinasti Ming 1563, dan menurut sejarah, tentera yang pada masa tu tengah berperang dengan tentera Jepun hanya makan ni sebagai alas perut. Sebab bahannya mudah yang hanya menggunakan tepung dan dibakar di atas arang.
Akhir sekali, sudah semestinya kek batik Sarawak. Jika ada dalam kalangan rakan-rakan atau saudara yang berkunjung ke Sarawak, atau balik kampung di Sarawak, pastinya buah tangan yang dikirim ialah Kek Lapis Sarawak.Biarpun ada dijual di banyak tempat di semenanjung, namun Kek Lapis asli dari Sarawak punya keistimewaan yang sukar ditemui pada kek lapis yang dijual di tempat-tempat lain.




Thursday, 24 November 2016

Jum pergi Miri

Adakah anda pernah pergi ke Miri, Sarawak ?? Kalau belum, jum lah.. Booking tiket dan terbang ke Miri, Sarawak.

Sebelum itu, marilah kita sama-sama mengenali sejarah Miri, Sarawak. Miri merupakan bandar pertama yang bukan ibu negeri yang mendapat taraf bandar raya. Miri mendapat kenaikan status ini pada 20 Mei 2005 yang membawa gelaran "Bandaraya Perangian". Miri juga adalah bandar kedua terbesar di Sarawak dengan jumlah penduduk yang ramai iaitu kira-kira 350, 000 orang. Jumlah ini akan meningkat dari tahun ke tahun. Kemajuan bandar Miri ini adalah kerana sumber asli iaitu petroleum ada dijumpai di Miri.

Iklim di Miri bersifat iklim hutan hujan tropika. Terdapat dua musim monsun yang dialami oleh tempat ini iaitu; Monsun Barat Daya, iaitu musim kering yang berlaku pada bulan April sehingga bulan September dan Monsun Timur Laut, iaitu musim tengkujuh yang berlaku pada bulan Oktober sehingga bulan Mac. Sukatan hujan tahunan adalah sekitar 250 sentimeter hingga 380 sentimeter (100 hingga 150 inci). Suhu udara/keliling ialah sekitar 23 °C hingga 32 °C (74°F hingga 90 °F) yang dialami sepanjang tahun. Kadang-kala, suhu udara/keliling boleh jatuh sehingga ke paras 18 °C hingga 16 °C, terutamanya dalam bulan November, Disember dan Januari. Suhu keliling terendah yang pernah direkodkan ialah pada bulan Disember 2010, yang mencatatkan sehingga serendah 11 °C. Pada 2 Febuari 2012, cuaca berkabus meliputi seluruh bandaraya, mengurangkan tahap penglihatan sehingga 40 peratus dan suhu terendah dicatatkan pada bulan tersebut ialah 16 °C pada awal pagi sehingga jam 10 pagi.

Okay,, Okay... Itu saja untuk sejarah Miri. 

Mari lah kita sama-sama melihat keindahan dan tempat-tempat yang menarik yang terdapat di Miri, Sarawak yang korang harus kunjungi.

Gambar di atas terletak di Tusan Beach Miri. Bagi sesiapa yang inginkan udara yang sejuk dan berniat untuk menenangkan fikiran, boleh lah datang ke Tusan Beach ni. Udaranya yang sejuk dan pemandangan laut yang cantik berserta batu yang unik membuatkan anda akan berasa puas hati jika datang ke sini. Bagi penggemar selfie, jemputlah datang ke Tusan Beach.😍

WOW πŸ˜±πŸ’•πŸ˜πŸ˜
 Menarik bukan ?! Nak tahu ini di mana ? 
Ini lah Pantai Trusan, Bekenu Miri. Ini merupakan kejadian 'Blue Tears' yang jarang berlaku. Pemandangan fenomena ini boleh juga dinikmati orang ramai di pantai-pantai di Miri seperti Pantai Lutong, Piasau Boat Club, Luak Esplanade, Beach Republic, Brighton, Taman Selera dan Pantai Beraya.


 Tekan Link di bawah untuk melihat pemandangan "Blue Tears" πŸ’™πŸ’¦πŸŒŠπŸŒŠ
https://www.youtube.com/watch?v=Hzm3ESYGIrk

Gua Niah juga merupakan taman negara Sarawak terkecil, tetapi merupakan yang paling penting dan menarik minat pelancong. Ini adalah kerana di Gua Niah telah dijumpai fosil manusia yang berusia 40,000 ribu tahun dahulu sekali gus menjadikannya sebagai tapak awal kehadiran manusia di Asia Tenggara. Selain itu jumpaan perkakasan manusia purba ini telah menjadikan Gua Niah sebagai tapak kaji purba terpenting di dunia.Taman negara Gua Niah seluas 3,138 hektar kawasan bukit batu kapur dan hutan. Ia diwartakan sebagai Monumen Sejarah Kebangsaan pada 1958 dan pada 23 November 1974 diwartakankan sebagai Taman Negara dan dibuka kapada umum pada 1 Januari 1975.
Suka akan sejarah ? Apa tunggu lagi, pergilah ke Gua NiahπŸ—»πŸŒ„ 



Pelantar pertama yang dibina dipanggil 'Tha Grand Old Lady' dan telah menghasilkan minyak selama 62 tahun. Bersebelahan The Grand Old Lady adalah Muzium Petronas yang mempamerkan gambar dan maklumat mengenai industri petroleum. Satu kerjasama antara Shell Malaysia dan Petronas, telah membawa kepada pembinaan sebuah muzium merangkap pusat maklumat. Tempat meletak kenderaan di belakang muzium adalah kedudukan yang baik untuk melihat bandar Miri. Pemandangan dari Bukit Telaga Minyak sangat indah kerana anda bukan hanya dapat melihat panorama seluruh bandar sahaja, tetapi sempadan Miri-Brunei, pelantar minyak di luar pesisir pantai dan loji penapis berhampiran Lutong. 


 Gambar di atas menunjukkan pemandangan di Taman Awam Miri. Miri mempunyai 14 taman awam dan tempat rekreasi. Antaranya ialah Taman Bulatan Miri (taman tasik), Luak Bay Esplanade (taman pesisir pantai), Taman Selera (kawasan perkelahan), dan Miri City Fan yang paling terkenal di kalangan penduduk tempatan dan pelancong. 

Miri City Fan atau Taman Kipas Miri, ialah sebuah taman 10.4 hektar yang terletak di pusat bandar, pernah dianugerahkan sebagai taman bandaraya berlandskap terbaik di Malaysia pada tahun 2001.

Nikmatilah keindahan Sarawak di dalam video di atas πŸ‘†πŸ‘†πŸ’•