Thursday, 1 December 2016

Sambutan Hari Gawai

Perayaan Hari Gawai di Sarawak

Pernahkah anda melihat kaum Iban di Sarawak menyambut perayaan hari Gawai ? Tidak pernah ? Luangkanlah diri anda untuk membaca blog ini. πŸ˜ƒπŸ˜‰πŸ’•

Pesta Gawai disambut pada akhir bulan May atau awal bulan Jun setiap tahun. Pada jendela waktu ini, pelbagai jenis gawai boleh diadakan mengikut kehendak dan tujuan masing-masing. Bagi mereka yang tiada gawai tradisi tertentu atau telah memeluk agama baru, mereka meraikan Gawai Dayak yang bersifat umum dan boleh diraikan oleh mana-mana orang berketurunan Dayak tanpa mengira agama, sama ada untuk menandakan penghasilan musim menuai dan menyambut kedatangan tahun baru untuk musim penanaman padi yang baru.Sebelum begawai, seseorang Dayak boleh mengadakan upacara-upacara penyembahan yang kecil seperti bedara mata di dalam biliknya sendiri atau bedara mansau di ruai biliknya manakala begawai di tanju dipanggil Sandau Ari. Enchaboh Arong diraikan untuk menyambut perolehan kepala manusia pada zaman dahulu atau pendapatan barang lain pada zaman sekarang.

Persediaan awal sebulan sebelum perayaan biasanya menyediakan air tapai yang dikenali sebagai Tuak. Pada sehari sebelum perayaan pula, kaum wanita akan sibuk bekerjasama membuat kuih tradisional seperti kuih penyaram, kuih sepit, kuih jala, kuih cap dan penganan yang diperbuat daripada tepung beras dan santan kelapa. Pansuh ayam menjadi kemestian untuk juadah bersama keluarga ataupun tetamu yang datang berkunjung. Dalam pada itu, golongan tua akan mula membakar lemang pulut di pekarangan rumah bagi kegunaan adat istiadat terutamanya upacara miring yang akan dipersembahkan kepada Dewa Padi dan Kekayaan.



 
Teresang akan didirikan di perkarangan rumah untuk digunakan semasa Adat Miring


Ketika perayaan Gawai, setiap suku kaum Dayak lengkap berpakaian tradisional masing-masing dengan motif dan corak yang unik serta menonjolkan lagi kecantikan semulajadi paras rupa mereka. Anak-anak gadis akan mengenakan perhiasan perak dan gubahan manik yang diwarisi sejak turun-temurun serta memiliki seni estetika yang cukup mengagumkan. Khazanah yang eksotik ini menjadi kebanggaan bagi setiap suku kaum Dayak kerana ia merupakan peningggalan yang telah diwarisi dari generasi ke generasi.




Penduduk rumah panjang mula ziarah-menziarahi ataupun dalam dialek tempatan “ngabang” ke rumah kawan-kawan mahupun sanak saudara yang lain sementara anak-anak yang bekerja di bandar akan pulang ke kampung untuk bersama-sama memeriahkan hari yang mengeratkan perpaduan sesama bangsa. Suku kaum Dayak yang tinggal di kawasan kampung akan mengadakan rumah terbuka dan mengunjungi rumah sahabat handai serta saudara mara yang terdekat untuk mengeratkan tali kemesraan.





 
ngabang ke rumah bala kaban belayan



TARIAN NGAJAT


TARIAN DATUN JULUD



Tarian Ngajat dan Ngajat Lesong dengan iringan alunan Sape yang dipersembahkan oleh muda mudi masyarakat Dayak menjadikan suasana Hari Gawai begitu meriah dan riuh rendah dengan aksi dan ketangkasan penari yang menghiburkan. Pelbagai alat muzik tradisional turut dimainkan sepanjang perayaan termasuklah sepasang gong besar, Canang, Gendang, Bebendai, Tawak, Gitar Buluh selain Serunai dan Seruling. Tarian Datun Julud yang dipersembahkan oleh kaum wanita dari suku kaum Orang Ulu ternyata begitu unik dengan gerak tari yang lemah gemalai.




Upacara Gawai Teresang Tinggi
 

Pada waktu tengah malam 31 Mei pula, gong akan dipalu dan Tuai Rumah akan mengetuai upacara minum Ai Pengayu bagi memohon berkat kepada “Petara” demi kehidupan yang lebih baik dan tanda kesyukuran bagi hasil tuaian pertanian yang menguntungkan. Upacara miring akan dilakukan yang menurut kepercayaan daripada golongan tua, bertujuan untuk memberi persembahan kepada Tuhan yang dikenali sebagai Petara, Dewa Dewi Kayangan dan juga dipersembahkan kepada jasad-jasad nenek moyang dikenali sebagai “Petara Aki Ini”. Ketua Adat akan membaca mantera yang khusus untuk upacara ini dan melumur darah ayam jantan pada bahan persembahan. Selepas upacara ini, perayaan Gawai Dayak akan bermula secara rasmi.

Di musim perayaan Gawai, banyak pertandingan kecantikan bagi memilih rupawan yang bukan sahaja memiliki rupa paras yang cantik dan menarik malah mempunyai pengetahuan yang luas. Keindahan busana tradisi mereka terletak pada keaslian tenunan pua kumbu yang disarungkan serta aksesori perak yang bergemerlapan ketika menarikan Tarian Ngajat.
Pesta Gawai Dayak dianggap berakhir apabila ranyai atau pokok istiadat diturunkan. Majlis Ngulung Bidai seterusnya akan dilakukan yang memberi signifikan perayaan telahpun tamat dan bersedia menempuh tahun baharu dan memulakan penanaman padi di kawasan yang baharu.

 

Ketika musim Gawai, banyak perkahwinan dilangsungkan .. salah satu permainan untuk keluarga pasangan

 
 

Adat Merik Anak Mit Mandi' 
 

Kini masyarakat Dayak boleh berbangga dengan pengiktirafan sambutan Hari Gawai yang telahpun dimasukkan ke dalam kalendar pelancongan Sarawak. Sambutan Pesta Menuai Sedunia dan Rumah Terbuka Gawai di peringkat kebangsaan jelas menunjukkan perayaan ini mempunyai nilai seni budaya yang unik dan tersendiri serta menjadi aset pelancongan utama bagi menarik minat pelancong dari dalam dan luar negara. Perkongsian ilmu kebudayaan dan khazanah bagi masyarakat Dayak cukup penting dipelajari oleh generasi muda agar mereka boleh menghargai, menghayati serta meraikan keunikan bak kata pepatah ‘kesatuan dalam kepelbagaian’ dengan menyuntik elemen kebudayaan, kesenian dan pemeliharaan serta pemuliharaan warisan bangsa.


Semua penghuni rumah panjang siap setia dan bersedia menunggu detik jam 12 malam

untuk memulakan Sambutan Gawai.Jam 12 malam adalah detik dimana semua penghuni "minum air pengayu".....



Pakaian tradisi akan dikenakan, dan perhiasan manik orang ulu akan dikeluarkan untuk dipakai pada hari itu. Perawan Iban pula akan mengenakan perhiasan perak tradisi. Pesta Gawai Dayak ditutup berakhir dengan penurunan pokok ranyai tersebut.
RANYAI
Ini adalah 'ranyai'. Ranyai ini diperbuat daripada batang pokok pisang. Ranyai ini merupakan tanda simbolik untuk perayaan Hari Gawai. Ranyai ini akan didirikan ditengah-tengah 'ruai' tempat untuk semua penghuni rumah panjang berkumpul. Pada 'ranyai' ini nanti akan disangkut bermacam-macam jenis barang, tidak kisah sama, beer, botol air tuak, rokok, makanan, malah pernah juga orang kampung menyangkut ayam panggang pada 'ranyai'. Asalkan ada sumbangan dari orang kampung. Barang-barang itu semua akan disangkutkan pada 'ranyai' menggunakan tali.

Untuk memulakan upacara, seorang akan dilantik bagi memulakan acara malam menyambut Malam Gawai. Orang yang telah dipilih itu akan menarikan tarian tradisional kaum Iban iaitu Tarian Ngajat. Dia akan menari mengelilingi 'ranyai'. Selepas dia menari mengelilingi ranyai, dia kemudian akan memilih barang yang mana dia mahu dan memotong barang yang disangkutkan menggunakan parang yang digunakan untuk tarian Ngajat.

Kemudian orang tersebut akan mencari sesiapa saja yang dia mahu dan menyerahkan parang yang digunakan kepada orang yang dipilih. Begitulah proses seterusnya sehinggalah semua barang makanan yang disangkutkan pada 'ranyai' itu habis dan orang terakhir akan menebang 'ranyai' sebagai simbolik bermulanya Pesta Menuai atau Hari Gawai.

Belajar Bahasa Iban

Mari belajar bahasa Iban Sarawak

Penggunaan bahasa Iban amatlah luas digunakan oleh orang Sarawak. Malah, ada kaum yang bukan Iban juga pandai menggunakan dan bertutur dalam bahasa Iban. Terdapat juga sesetengah tempat yang menjadikan bahasa Iban sebagai bahasa komunikasi antara mereka walaupun berlainan kaum.

tanpa melengahkan masa lagi, marilah kita belajar bahasa IbanπŸ˜‡πŸ˜—πŸ˜


Belajar bahasa Iban dalam perkataan ✊😍

kita - kitai

kamu - dik / nuan

makan - makai

selamat datang - selamat datai

mari - aram

tahu - nemu

bila - kemaya

ya - au

tidak mahu - enggai

tidak tahu - enda nemu

boleh - ulih

nanti - legi

petang - lemai

lagi - agi

tidak perlu - nibuh

sayang - sayau

sakit - pedis

bawa - bai

cantik - bajik

kacak - sigat

perempuan - indu

lelaki - laki

jahat - jaik

 bagus - manah

kawan - kaban

mati - parai

sihat - gerai

sedap - nyamai

Sekarang, marilah kita belajar dalam ayat πŸ‘ŒπŸ’“

Saya suka kamu - Aku ka ke dik

Kamu suka siapa ? - Dik ka ke siapa ?

Boleh kita berkenalan? - Ulih tua bekelala ? 

Kamu sudah makan ? - Dik udah makai ?

Saya tidak tahu apa yang kamu maksudkan - Aku enda nemu nama utai ko dik

Mari, kita keluar berjalan - Aram, kitai berjalai 

Jangan pergi sana ! - Anang kiak !

Bolehkah kalau saya nak tanya - Ulih ka enti ku ka nanya

Awak dengan siapa ? - Sapa enggau nuan ? 

Jangan kacau saya - Anang nundi aku

Saya mahu pulang - Aku ka pulai 

Sekarang pukul berapa ? - Pukul berapa diatu ?

Barang ini berapa harga ? - Berapa harga utai tu ?